Kesimpulan

Pelaksanaan pelbagai dasar, perancangan dan strategi serta pelan tindakan untuk setiap institusi dan sektor dalam masyarakat dan negara digariskan bagi meningkatkan pembangunan yang seimbang dan lestari. Semua ini akan menyumbang kepada kestabilan politik dan keharmonian rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat. Di samping itu, PIN merupakan kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dengan mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baharu.
Thanks for reading :)

Pelan Intergriti Nasional

Tiga pendekatan yang digunakan adalah seperti yang berikut:

  1. Laporan dan resolusi oleh stakeholders terdiri daripada pelbagai sektor masyarakat melalui konvesyen, persidangan, seminar, forum, atau kursus intergriti yang diadakan secara berkala
  2. Maklum balas melalui soal selidik dan  kajian yang dijalankan terhadap para peserta konvesyen ,persidangan dan kursus yang dijalankan 
  3. Kajian mengenai menilai, etika dan intergriti yang dijalankan dari semasa atas tajuk-tajuk khusus dengan memilih sampel secara rawak daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara

PIN diteruskan pada fasa kedua mulai tahun 2009 dengan memperkenalkan lima tekad intergriti iaitu merangkumi yang berikut :
  1. Tekad intergriti satu- memerangi gejala rasuah penyelewangan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan 
  2. Tekad intergriti kedua- meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi
  3. Tekad intergriti ketiga- meningkatkan tadbir urus korporat ,etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat.
  4. Tekad integriti empat-memantapkan institusi keluarga dan komuniti 
  5. Tekad integriti lima-meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

Thanks for reading :)

Dasar Pembangunan Belia Negara

Beberapa strategi akan dilaksanakan untuk mencapai dasar ini antaranya ialah :

  1. Pembangunan ilmu- usaha dipertingkatkan ke arah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia
  2. Pembentukkan sikap- usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukkan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
  3. Pembangunan kemahiran dan keusahawanan- mempersiapkan belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
  4. Pemumpukkan gaya hidup sihat- digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup sihat, cergas dan dinamik.Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
  5. Kemudahan interaksi sosial- mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat
  6. Perkongsian dalam pembangunan- memanfaatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia
  7. Jaringan hubungan antarabangsa- menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa

Thanks for reading :)