Dasar Pembangunan Belia Negara

Beberapa strategi akan dilaksanakan untuk mencapai dasar ini antaranya ialah :

  1. Pembangunan ilmu- usaha dipertingkatkan ke arah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia
  2. Pembentukkan sikap- usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukkan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
  3. Pembangunan kemahiran dan keusahawanan- mempersiapkan belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
  4. Pemumpukkan gaya hidup sihat- digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup sihat, cergas dan dinamik.Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
  5. Kemudahan interaksi sosial- mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat
  6. Perkongsian dalam pembangunan- memanfaatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia
  7. Jaringan hubungan antarabangsa- menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa

Thanks for reading :)

No comments: