Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Sebagai satu proses berterusan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip yang berikut :

    1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini yang merupakan pemacaran dan pengembangan warisan kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditambah dengan kegemilangan serta keanggungan tamadun Melayu
    2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar. Prinsip bertempatan dengan penduduk berbilang kaum iaitu Melayu, Cina ,India , Arab dan lain-lain dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan 
    3. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan. Kedatangan islam ke tanah melayu membawa satu perubahan terhadap pandangan hidup yang amat bererti dalam kalangan rakyat.
Objektif Dasar
Terdapat tiga objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti yang berikut:

  1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan 
  2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan
  3. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusian dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi
Strategi dan Pelaksanaan Dasar
Strategi dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah seperti yang berikut:
  1. Memulih, memelihara dan membangunkan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.
  2. Meningkatkan dan mengukuh kepemimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, pendokong dan pengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
  3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
  4. Membina sosio budaya tempatan di seluruh negara
  5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian 


Thanks for reading :)

No comments: