Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan-kawasan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomi yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam, terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974. Dalam tempoh RMK2, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor yang berikut:


  • pertanian-25%
  • pembuatan-19.3% 
  • perdagangan-14.4% 
  • perkhidmatan-10.15%

Thanks for reading :)

No comments: