Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Rancangan Malaysia Pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan program ke atas setiap sektor ekonomi. RMP ini juga memberi penekanan ke atas aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi melaksanakan tujuan ini, Kerajaan telah menggubal satu program pembangunan khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat sama ada sektor awam atau swasta. Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agar dinikmati oleh golongan miskin. Kerajaan menubuhkan beberapa agensi iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia ( MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Lembaga Penasihat Tarif. Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap. 
Thanks for reading :)

No comments: