Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dan dunia dilanda kemelesetan. Malaysia mengalami kemerosotan dalam pembayaran gaji, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport  dalam sektor komoditi, kelembapan sektor swasta dan kadar pengangguran yang semakin meningkat. Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan sistem mini estet pertanian, koperasi dan strategi pembangunan luar bandar. Program yang diperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar. Berdasarkan data yang diperoleh daripada Malaysia Kita (2014), keluaran KDNK berkembang pada kadar purata 5.8%. Kadar ini lebih merosot kerana berlaku kelembapan ekonomi dalam sektor pembuatan dan perlombongan.
Thanks for reading :)

No comments: