Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima dilancarkan dalam kedudukan ekonomi yang msih lagi meleset. Pelaksanaan dan perancangannya berasaskan pertumbuhan yang lebih rendah. Teras pembangunan RMK5 ini ialah perpaduan negara dan mencapai objektif DEB. Peranan RMK5 ialah meningkatkan sektor swasta menerusi kelonggaran peraturan dan kawalan dari segi hak milik syarikat, perlesenan dan kegiatan ekonomi. RMK5 ini menggiatkan semula sektor pertanian dengan melonggarkan syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong bagi aktiviti pertanian dan mengusahakan sawah terbiar dengan tanaman yang sesuai. Satu strategi baharu juga diperkenalkan iaitu penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan.  Dengan berakhirnya RMK5, maka tamatlah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1).
Thanks for reading :)

No comments: