Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) yang dibentangkan di Parlimen pada 10 Julai 1991 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yng merangkumi Dasar Pembangunan Negara. Cabaran RMK6 adalah untuk mengekalkan proses pertumbuhan yang dinikmati oleh negara selepas kemelesetan ekonomi. 
Strategi pembangunan merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan industri asas, meningkatkan sumber pembangunan manusia, penggunaan teknologi baharu dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur. RMK6 menumpukan usaha kearah meningktkan produktiviti dalam sektor pertaniaan, perindustrian serta kemajuan sains dan teknologi, di samping menggariskan program-program pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar. Strategi bagi mencapai RMK6 adalah seperti yang berikut:


  1. Meningkatkan daya kecekapan dan daya saing ekonomi
  2. Menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan utama dalam pembangunan
  3. Mengurangkan penglibatan sektor awam
  4. Menjamin pertumbuhan ekonomi stabil
  5. Mengekalkan dasar yang bebas dan longgar bagi iklim pelaburan yang baik
  6. Memajukan program pembangunan industri dan penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan produktiviti bermutu tinggi
  7. Mengukuhkan pasaran modal dan kewangan bagi meningkatkan tabungan negeri

Thanks for reading :)

No comments: