Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

Rancangan Malaysia Kelapan merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang meliputi tempoh 2001-2010. Dalam tempoh RMK8, ekonomi Malaysia menghadapi cabaran yang besar kesan peningkatan globalisasi, liberalisasi dan kemajuan pesat dalam teknologi terutamanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). RMK8 menumpu kepada pembangunan ekonomi berasaskan penawaran tenaga buruh yang berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mempercepatkan pembangunan sektor yang menyumbnag kepada pertumbuhan ekonomi. Penekanan diberikan kepada usaha memperkukuhkan nilai-nilai positif dalam kalangan rakyat yang membentuk masyarakat bersatu padu.

           Dasar dan strategi RMK8 ialah memberikan tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mampan dengan berdaya tahan. Tumpuan utama adalah pada inisiatif sektor swasta dan sektor awam bagi menyediakan rangka dasar yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti. Teras pembangunan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) ialah:

  1. Pengekalan kestabilan ekonomi makro.
  2. Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
  3. Pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti.
  4. Peningkatan daya saing sektor utama.
  5. Perluasan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
  6. Peningkatan pembangunan sumber manusia.
  7. Pencapaian pembangunan mampan.
  8. Peningkatan kualiti hidup.
  9. Penanganan isu sosial 
  10. Pengukuhan nilai moral dan etika. 

Thanks for reading :)

No comments: