Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. Rancangan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama sejak Wawasan 2020 diumumkan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad. RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan krisis kewangan dan kenaikan harga minyak.
RMK9 mempunyai lima teras seperti yang berikut;


  1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
  3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.
  4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. 

Thanks for reading :)

No comments: