Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020)

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) telah dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di Parlimen pada 21 Mei 2015. RMK11 amat penting kerana dilihat menjadi transformasi terakhir dalam matlamat untuk dijadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
            Di bawah Transformasi Nasional ini, enam program telah dirancang dan akan dilaksanakan seperti yang berikut:

  1.  Program Transformasi Kerajaan 
  2. Program Transformasi Ekonomi
  3. Program Transformasi Politik.
  4. Program Transformasi Komuniti. 
  5. Program Transformasi Sosial.
  6. Program Transformasi Fiskal.
                 Program Transformasi Nasional merupakan falsafah dan tunjang utama bagi merealisasikan RSK-11. Justeru, RMK11 telah menyediakan enam strategi tumpuan seperti dalam jadual 41.

 JADUAL 4.1 ENAM STRATEGI TUMPUAN RMK11

PERTAMA    =    Memperkukuh insklustiviti ke arah masyrakat saksama
KEDUA         =    Meningkatkan kesejahteraan rakyat
KETIGA        =    Meningkatkan pembangunan modal insan untuk Negara maju
KEEMPAT    =   Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya saing
KELIMA       =    Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
KEENAM      =    Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

JADUAL 4.2 PELAKSANAAN GAME CHANGERS

PERTAMA   = Meningkatkan produktiviti
KEDUA        = Menjana kekayaan melalui inovasi
KETIGA      = Mempertingkatkan peratusan masyarakat kelas menengah
KEEMPAT   = Menteraskan pendidikan dan Latihan Teknikal atau TVET
KELIMA      = Melaksanakan pertumbuhan hijau
KEENAM    = Melabur di bandar-bandar berdaya saing

JADUAL 4.3 SEPULUH PENCAPAIAN MALAYSIA SEPANJANG 10 RANCANGAN MALAYSIA

PERTAMA   = Nilai KDNK iaitu sebanyak RM71.1 Bilion pada tahun 1970 telah meningkatkan kepada RM 1.1 Trilion pada tahun 2014. Malaysia antara negara yang telah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi di peringkat Asia iaitu purata kadar ialah 6.2% setahun sejak lima dekad lalu.

KEDUA = Struktur ekonomi beralih dari sebuah negara dominan sektor pertanian dengan sumbangan 31.8% kepada nilai KDNK pada tahun 1970 kepada sebuah negara berasaskan pembuatan dan perkhidmatan dengan sumbangan pada kadar 76.5% kepada KDNK.

KETIGA = Pendapatan bulanan purata isi rumah juga meningkat lebih 20 kali ganda iaitu RM264 sebulan pada tahun 1970 kepada RM 6141 sebulan pada tahun 2014. Pendapatan menengah atau median income sebulan pada tahun 1970 iaitu RM166 telah meningkat kepada RM4585 sebulan pada tahun 2014.

KEEMPAT = Setakat RMK10, sebanyak 76.1% daripada isi rumah keseluruhan sudah memiliki kediaman. Bagi isi rumah miskin pula, 75.3% berjaya mempunyai rumah sendiri.

KELIMA = Sehingga kini 95.1% daripada penduduk di seluruh negara mendapat akses bekalan air bersih dan 97.6% pula mendapat elektrik

KEENAM = Pada tahun 1970 hanya 75% penduduk yang boleh membaca dan menulis tetapi hari ini kadar literasi telah meningkat kepada 98%.

KETUJUH = Sebanyak 27% daripada tenaga buruh kini mempunyai pendidikan tertiar, iaitu meningkat empat kali ganda berbanding dengan 6% pada tahun 1980 ketika penghujung Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3).

KELAPAN = Kadar penganguran telah menurun daripada 7.4% pada tahun 1970 kepada hanya 29% pada tahun 2014

KESEMBILAN = Hak milik ekuiti Bumiputra dalam sektor korporat meningkat sebanyak 10 kali ganda iaitu daripada 2.4% dari tahun 1970 kepada 23.5% pada tahun 2011.

KESEPULUH = Kadar kemiskinan berkurang daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada hanya 0.6% pada tahun 2014

Thanks for reading :)

No comments: