Rancangan Malaysia Kesepuluh. ( 2011-2015)

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) disediakan dengan mencartakan perjalanan  pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020. Tema RMK10 dirumuskan ke dalam bentuk sepuluh idea utama. Sekiranya sepuluh idea utama  dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan, Malaysia pasti akan dapat mengatasi cabaran yang sedang dihadapi dan mencapai status negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
                    Negara memerlukan model ekonomi yang baharu untuk terus maju dan menyertai kumpulan negara berpendapatan tinggi. Satu anjakan paradikma diperlukan terutamanya dari segi ekonomi negara dan dasar ekonomi kerajaan. Transformasi ekonomi yang diperlukan amat menyeluruh dan hanya boleh dijayakan melalui komitmen dan usaha semua pihak.
10 idea utama RMK10 adalah sperti yang berikut;

  1. Ekonomi dipacu oleh faktor dalam negeri di samping mengambil kira persekitaran luar negara.
  2. Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa.
  3. Transformasi ke arah negara berpendatan tinggi menerusi pengkhususan.
  4. Menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
  5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang. 
  6. Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas.
  7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
  8. Menyokong perkongsian pintar dan berkesan.
  9. Menghargai khazanah alam sekitar.
  10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.   
                      Sektor awam perlu ditransformasikan supaya dapat bertindak balas secara berkesan kepada persekitaran global yang pesat berubah. Reformasi sektor awam akan berorientasikan pelanggan dengan sistem penyampaian hubungan ditambah baik dan tertumpu kepada rakyat dan perniagaan. Pendekatan berasaskan outcome akan diguna pakai bagi perancangan, pengagihan sumber, pemantauan dan penilaian kemajuan. Bagi memastikan akauntibiliti, KPI bagi mengukuh outcome akan dikaitkan kepada individu atau dipantau secara berkala.
                    Kerajaan akan memberi tumpuan kepada perana sebagai pemudah cara dalam menyediakan persekitaran yang sesuai untuk sektor swasta melalui dasar dan peratuan yang efektif. Di samping itu, terdapat peralihan dalam perbelanjaan sektor awam daripada infrastruktur fizikal kepada bukan fizikal terutamanya dalam program peningkatan kemahran, R&D,pembiayaan modal teroka dan pemboleh inovasi yang lain. Pelaksanaan usaha ini akan menyumbang kepada aspirasi kerajaan yang berinovatif, pantas, berhemat dan berintegriti sebagai satu kenyataan. 
                  

Thanks for reading :)

No comments: