Rancangan Pembangunan Ekonomi

Kerajaan bertanggungjawab menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi di bandar dan luar bandar, di samping menjaga keselamatan negara. Dasar dan strategi pembangunan negara selepas merdeka ialah menghasilkan pembangunan yang seimbang dalam semua sektor ekonomi supaya perpaduan kaum dan kestabilan politik dapat diwujudkan. Kerajaan perlu mengekalkan dan mempertingkatkan kemajuan negara dan perkembangan ekonomi sebagai suatu tanggungjawab yang berterusan.

            Rancangan pembangunan negara terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu perancangan pramerdeka, perancangan selepas merdeka dan perancangan era Dasar EkonomI Baru (DEB).
  1. Perancangan peringkat pertama (zaman pramerdeka) meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan sebahagian dari Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
  2. Peringkat kedua, iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama (1960-1970), iaitu selepas Malaysia ditubuhkan.
  3. Peringkat ketiga, iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu Rancangan Malaysia kelima (1986-1990).

Thanks for reading :)

No comments: