Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dan Rancangan Malaysia (RM)

Kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) bermula pada tahun 1971 dan tamat pada tahun 1990. Sepanjang dua dekad pelaksanaan RRJP1, kerajaan telah berjaya melaksanakan program-program jangka pendek, iaitu Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Peringkat seterusnya ialah pelancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) pada tahun 1991. Program ini meliputi Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Tempoh pelaksanaan RRJP2 berakhir pada tahun 2000. Kerajaan melancarkan program penting dalam RRJP2 ini, iaitu Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia Keenam. Tempoh RRJP2 merupakan permulaan satu era ke arah matlamat membentuk malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Pada April 2001, kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) pada tahun 2001-2010. Program ini meliputi pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). RRJP3 merupakan fasa kedua bagi usaha negara umtuk mencapai Wawasan 2020 yang dimulakan pada tahun 1991 dan kerajaan dan memperkenalkan Dasar Wawasan Negara. RRJP3 memberi tumpuan kepada beberapa teras dan dasar yang strategik untuk mencapai pembangunan mampan seperti yang berikut:

1. Membina bangsa yang berdaya tahan
2. Menggalakkan perwujudan masyarakat yang saksama
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
4. Menghadapi persaingan antarabangsa
5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
6. Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia
7. Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang mampan
Thanks for reading :)

No comments: